Thursday, 26 December 2013

::...zina hati...::

“Apakah maksud detail zina hati?”
Jika dilihat di atas, zina hati diterjemahkan kepada
3 iaitu:
1. Berhasrat.
2. Berharap.
3. Membanyangi.
Jika dilihat dari terjemahan melayu yang lainnya pula ada
yang mengatakan merindui dan mengingini.
Walaubagaimanapun, huraiannya tidaklah menyimpang jauh
ke mana..
Berbalik kepada Al-Qur’an: “janganlah kamu mendekati
zina” (al-isra’:32)
Lalu, apa yang dikatakan hadis tadi semuanya menjurus
kepada zina dan semuanya adalah dilarang dalam Islam
bertepatan dengan ayat ini dalam kalimah “mendekati”. Dari
sini, kita dapat faham bahawa apa yg dikatakan sebagai zina
hati itu ialah “perasaan dalam hati yang mendorong ke arah
penzinaan”.
“Adakah apabila kita minat seseorang,
lalu hati kita asyik teringat padanya, itu termasuk zina
hati?”
Islam adalah agama yang menghormati fitrah
manusia. Rasanya semua maklum. Namun fitrah itu juga
bukanlah sewenang2nya diikuti sehingga menimbulkan
fitnah. Dalam keadaan ini, perasaan minat pada manusia itu
adalah fitrah. Lalu, adakah itu termsuk fitrah yang dilarang
atau yg dihalalkan?
Jawapannya, perasaan minat kepada seseorang itu bukanlah
termasuk zina hati. Ianya termasuk dalam fitrah manusia
yang mana amat dihormati oleh Islam dan halal jika tidak
secara berlebihan (contohnya x makan, x minum, samapi
tinggal solat, termenung x tentu pasal, dan lain2).
Walaubagaimanapun, bagi mereka yang menjaga wara’nya
ataupun amat takut dengan taqwanya akan rosak, lalu
eloklah dijauhkan. Ini kerana, walaupun perasaan itu tidak
haram ianya boleh merosakkan kesempurnaan ibadah
seseorang dan kesucian hati. Tetapi, sekali lagi diingatkan,
ianya halal selagi tidak memudharatkan diri.
apakah yang termasuk dalam
zina hati?”
Perasaan minat juga boleh termasuk dalam zina
hati. Aikk? camne lak tuh? tadi cakap tak…
Ia boleh jika kita minat padanya sehingga kita terbayang2
pada minda, ataupun kelopak mata kita. Inilah yang
ditafsirkan oleh hadis tadi sebagai membayangi.
Membayangkan seseorang yang kita minat pada otak akan
membawa kepada benda yang lebih melarat. Lebih2 lagi jika
kita membayangi aurat si dia. Lalu, itu secara jelasnya
termasuk dalam zina hati. ianya adalah HARAM dan dilarang
keras dalam Islam.
(Rujukan: Minhajul ‘Abidin karya Imam Ghazali dan Hikam
ibnu ‘Atoillah)

No comments:

Post a Comment