Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w.
bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan
pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan
berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu
memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang
soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)
Pertama "Sedekah jariah" ialah harta benda yang diwaqafkan
kerana Allah Taala, seperti:
(1) Mewaqafkan sebuah kebun bersama hasil tanamannya
untuk kebajikan umum. Atau mewaqafkan sebidang tanah
untuk menjadi tapak masjid, surau, rumah anak yatim,
madrasah, sekolah dan sebagainya.
(2) Mendirikan - atau berkhairat ala kadarnya untuk
mendirikan masjid surau, rumah anak yatim, madrasah,
sekolah dan sebagainya.
(3) Mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat sahaja
atau umum untuk orang-orang miskin yang memerlukan
tempat berteduh atau untuk disewakan dan hasilnya
dikhairatkan untuk kebajikan umum.
(4) Mendirikan rumah "musafir khanah" untuk persinggahan
orang-orang musafir yang memerlukannya.
(5) Dan lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang
diredhai Allah seperti mendirikan hospital dan kutub khanah,
mencetak al-Qur'an dan kitab-kitab Islam serta buka-buka
pengetahuan yang berguna dan sebagainya.
Amalan "waqaf" dalam Islam ini telah bermula semenjak
zaman Rasulullah s.a.w.(3) dan telah berkembang di negara-
negara Islam hingga hari ini dan seterusnya, malah ada yang
datang membentuk "Kementerian Waqaf di negara masing-
masing.
Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan
dinikmati faedahnya olah umum maka tuan punya harta itu
akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan
sesudah ia mati.
Kedua: "Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang
lain," yang tersebut dalam hadith ini ialah ilmu yang
berhubung dengan agama Islam secara khusus dan juga yang
berhubung dengan kemajuan di dunia secara umum, sama
ada melalui syarahannya kepada murid-muridnya dan orang
ramai, atau melalui kitab-kitab dan buku-buku karangannya.
Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-
buku karangannya masih wujud dan dinikmati faedahnya
oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya berterusan
semasa ia hidup dan sesudah ia mati.
Ketiga: "Anaknya yang soleh yang berdoa untuknya"
Doa anak kepada kedua ibu bapanya, sama ada anak itu
orang yang soleh atau sebaliknya adalah baik dan berguna.
Tetapi doa anak yang soleh lebih diharap tentang makbulnya.
Sebab itulah Rasulullah s.a.w. menarik perhatian tentang
kelebihan anak yang soleh dalam hadithnya ini, supaya ibu
bapa mendidik anak-anak masing-masing dengan sebaik-
baiknya sehingga anak itu menjadi orang yang berjaya di
dunia dan berjaya di akhirat.
Serentak dengan itu kedua ibu bapa akan mendapat rahmat
disebabkan usahanya mendidik anak-anaknya dengan sebaik-
baiknya dan mendapat rahmat pula disebabkan doa anaknya
yang soleh itu.

No comments:
Post a Comment