Imam Hasan al-Banna

·
Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammed al-Banna adalah pendakwah, reformis
sosial dan politik Mesir dan pengasas gerakan Ikhwanul
Muslimin
·
dilahirkan
pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah di
daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir (barat
laut Kaherah).
·
beliau
menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang
dikelolakan oleh gurunya di sekolah,menghadiri majlis-majlis zikir yang
diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, menganggotai pertubuhan Jama'atul Makram al-Akhlaq al-Islamiyyah
·
Syeikh
Hassan al-Banna telah menubuhkan gerakan Ikhwan
Muslimin di bandar Ismailiyyah
ketika berusia 23 tahun
·
Pengaruh
Ikhwan yang semakin kuat amat dikhuatiri dan ditakuti oleh kerajaan Mesir yang
diketuai oleh al-Nukrasi Bassa dari parti al-Sa'di yang bertindak mengharamkan
Ikhwan Muslimin pada 1948 atas tuduhan merancang satu
pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan.
·
Beliau
dibunuh kerana ditembak pada waktu tengah hari 12 Februari 1949, ketika keluar dari bangunan pertubuhan Ikhwan Muslimin
10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna
- Dirikan solat apabila mendengar
azan, walau apapun jua keadaan pada waktu itu.
- Bacalah al-Quran, atau pelajari
tafsirnya atau dengarlah bacaan orang lain, atau zikirlah kepada Allah.
Jangan engkau gunakan sebahagian ruang waktumu untuk hal-hal yang tidak
berfaedah.
- Bercakaplah dengan bahasa Arab
yang fasih, kerana ia termasuk dalam syi'ar Islam.
- Jangan banyak berdebat dalam apa
jua hal. Pertengkaran tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
- Jangan banyak ketawa, kerana
hati yang berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan mantap.
- Jangan suka berjenaka atau
berolok-olok, kerana umat yang berjuang tidak mengenal yang lain selain
kesungguhan.
- Jangan engkau tinggikan suaramu
melebihi keperluan pendengar. Ia menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.
- Jauhi menghina orang, mencela
organisasi dan jangan berbicara kecuali perbicaraan yang baik.
- Perkenalkan dirimu kepada orang
yang engkau jumpai, walaupun ia tidak meminta daripadamu, sebab dasar
dakwah kita adalah cinta dan saling kenal mengenal.
- Kewajipan selalu lebih banyak
daripada waktu yang tersedia. Oleh itu bantulah orang lain untuk
memanfaatkan waktunya. Jika engkau mempunyai urusan, maka selesaikanlah
dalam waktu sesingkat-singkatnya.
No comments:
Post a Comment