Thursday, 26 December 2013

::...zina hati...::

“Apakah maksud detail zina hati?”
Jika dilihat di atas, zina hati diterjemahkan kepada
3 iaitu:
1. Berhasrat.
2. Berharap.
3. Membanyangi.
Jika dilihat dari terjemahan melayu yang lainnya pula ada
yang mengatakan merindui dan mengingini.
Walaubagaimanapun, huraiannya tidaklah menyimpang jauh
ke mana..
Berbalik kepada Al-Qur’an: “janganlah kamu mendekati
zina” (al-isra’:32)
Lalu, apa yang dikatakan hadis tadi semuanya menjurus
kepada zina dan semuanya adalah dilarang dalam Islam
bertepatan dengan ayat ini dalam kalimah “mendekati”. Dari
sini, kita dapat faham bahawa apa yg dikatakan sebagai zina
hati itu ialah “perasaan dalam hati yang mendorong ke arah
penzinaan”.
“Adakah apabila kita minat seseorang,
lalu hati kita asyik teringat padanya, itu termasuk zina
hati?”
Islam adalah agama yang menghormati fitrah
manusia. Rasanya semua maklum. Namun fitrah itu juga
bukanlah sewenang2nya diikuti sehingga menimbulkan
fitnah. Dalam keadaan ini, perasaan minat pada manusia itu
adalah fitrah. Lalu, adakah itu termsuk fitrah yang dilarang
atau yg dihalalkan?
Jawapannya, perasaan minat kepada seseorang itu bukanlah
termasuk zina hati. Ianya termasuk dalam fitrah manusia
yang mana amat dihormati oleh Islam dan halal jika tidak
secara berlebihan (contohnya x makan, x minum, samapi
tinggal solat, termenung x tentu pasal, dan lain2).
Walaubagaimanapun, bagi mereka yang menjaga wara’nya
ataupun amat takut dengan taqwanya akan rosak, lalu
eloklah dijauhkan. Ini kerana, walaupun perasaan itu tidak
haram ianya boleh merosakkan kesempurnaan ibadah
seseorang dan kesucian hati. Tetapi, sekali lagi diingatkan,
ianya halal selagi tidak memudharatkan diri.
apakah yang termasuk dalam
zina hati?”
Perasaan minat juga boleh termasuk dalam zina
hati. Aikk? camne lak tuh? tadi cakap tak…
Ia boleh jika kita minat padanya sehingga kita terbayang2
pada minda, ataupun kelopak mata kita. Inilah yang
ditafsirkan oleh hadis tadi sebagai membayangi.
Membayangkan seseorang yang kita minat pada otak akan
membawa kepada benda yang lebih melarat. Lebih2 lagi jika
kita membayangi aurat si dia. Lalu, itu secara jelasnya
termasuk dalam zina hati. ianya adalah HARAM dan dilarang
keras dalam Islam.
(Rujukan: Minhajul ‘Abidin karya Imam Ghazali dan Hikam
ibnu ‘Atoillah)

::...khas untuk insan bergelar sahabat...::

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra
Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama
Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku
Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa
Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama
Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku
Kupasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama...:)

kau kawan teman dan sahabat


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah
menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada
pengganti
Senyum tawamu juga katamu
menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus
bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang
mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk
hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau
di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus
kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

Monday, 23 December 2013

....amalan selepas mati...

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w.
bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan
pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan
berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu
memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang
soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)
Pertama "Sedekah jariah" ialah harta benda yang diwaqafkan
kerana Allah Taala, seperti:
(1) Mewaqafkan sebuah kebun bersama hasil tanamannya
untuk kebajikan umum. Atau mewaqafkan sebidang tanah
untuk menjadi tapak masjid, surau, rumah anak yatim,
madrasah, sekolah dan sebagainya.
(2) Mendirikan - atau berkhairat ala kadarnya untuk
mendirikan masjid surau, rumah anak yatim, madrasah,
sekolah dan sebagainya.
(3) Mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat sahaja
atau umum untuk orang-orang miskin yang memerlukan
tempat berteduh atau untuk disewakan dan hasilnya
dikhairatkan untuk kebajikan umum.
(4) Mendirikan rumah "musafir khanah" untuk persinggahan
orang-orang musafir yang memerlukannya.
(5) Dan lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang
diredhai Allah seperti mendirikan hospital dan kutub khanah,
mencetak al-Qur'an dan kitab-kitab Islam serta buka-buka
pengetahuan yang berguna dan sebagainya.
Amalan "waqaf" dalam Islam ini telah bermula semenjak
zaman Rasulullah s.a.w.(3) dan telah berkembang di negara-
negara Islam hingga hari ini dan seterusnya, malah ada yang
datang membentuk "Kementerian Waqaf di negara masing-
masing.
Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan
dinikmati faedahnya olah umum maka tuan punya harta itu
akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan
sesudah ia mati.
Kedua: "Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang
lain," yang tersebut dalam hadith ini ialah ilmu yang
berhubung dengan agama Islam secara khusus dan juga yang
berhubung dengan kemajuan di dunia secara umum, sama
ada melalui syarahannya kepada murid-muridnya dan orang
ramai, atau melalui kitab-kitab dan buku-buku karangannya.
Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-
buku karangannya masih wujud dan dinikmati faedahnya
oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya berterusan
semasa ia hidup dan sesudah ia mati.
Ketiga: "Anaknya yang soleh yang berdoa untuknya"
Doa anak kepada kedua ibu bapanya, sama ada anak itu
orang yang soleh atau sebaliknya adalah baik dan berguna.
Tetapi doa anak yang soleh lebih diharap tentang makbulnya.
Sebab itulah Rasulullah s.a.w. menarik perhatian tentang
kelebihan anak yang soleh dalam hadithnya ini, supaya ibu
bapa mendidik anak-anak masing-masing dengan sebaik-
baiknya sehingga anak itu menjadi orang yang berjaya di
dunia dan berjaya di akhirat.
Serentak dengan itu kedua ibu bapa akan mendapat rahmat
disebabkan usahanya mendidik anak-anaknya dengan sebaik-
baiknya dan mendapat rahmat pula disebabkan doa anaknya
yang soleh itu.

la tahzan

~✿..Allah tidak pernah berjanji bahawa hidupmu ini akan
dilalui dengan MUDAH tanpa ujian..namun Allah BERJANJI
bahawa Dia akan bersamamu ketika kamu ditimpa
KESUSAHAN dan DI SEPANJANG JALAN KEHIDUPAN..✿~
>>> Lapangkan hati dan tetaplah bersangka baik dengan Allah
dan ingatlah, Allah sentiasa BERSAMA dengan orang-orang
yang SABAR..♥♥
~✿..Manusia yang BERAKAL pasti akan MENGKAJI dan
ingatlah, apa yang telah Allah berikan kepada kita di dunia
ini..lebih daripada apa yang kita HARAPKAN,lebih daripada apa
yang kita inginkan...daripada kita bersangka buruk terhadap
Allah, pernahkah KITA CUBA UNTUK “MENGENAL”ALLAH? ✿~
>>> Semua jawapan ada dalam ISLAM..kajilah Islam dengan
MATA HATI YANG TERBUKA..dengan fikiran yang sentiasa
MENERIMA..♥♥
~Selalu bersangka baik dan berlapang dada, semuanya ada
hikmahnya..:)

manjada wajada

ingt lagi kalau dlu2 slalu ckgu sj tulis ayt tu pada stiap nota dia bgi.. stiap krtas exam kami pun ckgu selitkn kata2 semangt..sayangnya ckgu pada student dia...tiba2 rindu nk blajar kt skolah balik...alahai ckgu rndunya pd ckgu..skrg nie stdy week...persoalan skrg...stdy ker???? mcm x jer...konon2 nk stdy kt rumah...mcm dlu2 msa pmr,spm...okey jer stdy sorg2 kt umah...tp knpa skrg mcm xrjin jer nk bkk bku...arrrghhh wanie buang sifat malas tu...buktikan wanie pn boleh buat yg trbaik..fokus wanie fokus...naqibah ckp nk pointer 3.2 ke atas? mak ayah...tcher... smua nk yg trbaik...so......apa lgi..mulakan lah..nk tnggu bila kn..apa2 pun...stdy camne pun jgn lupa ilmu akhirat..jgn lupa jga hubungan dgn Allah..sbb sesuatu kejayaan tu dtgnya dri Allah..jga akhlak...nk tmbah kt sni skit....stiap hari perbaiki dri,biar lambat asal ada perubahan...naqibah ckp kalau boleh fahami makna ayat yg dbaca ktika solat..insyaAllah kita jd lbih khusyuk..bila kita jga hubungan dgn Allah insyaAllah Allah bantu kita..permudahkan urusan kita...kn...:) #peringatan untk dri sndri jugak..sama2 perbaiki diri...moga Allah redha

Thursday, 19 December 2013

perbetulkan niat, pandangan

aku tahu salah aku..
aku minta maaf sahabat..sbnrnya xmudah untk kita menilai seseorang tu dgn baik,kdg2 kita lihat muka dia masam..tap kita tak tahu dlm hati dia camne..

sahabat...kalau boleh,perbetulkan niat..perbetulkan tanggapan..
Allah marah kita buruk sangka thadap org lain, sbnrnya dia bukan cmtu..mungkin cara dia je lain..
takpe sahabat..sy tahu niat kamu ikhlas..tapi ni hal sy..biar lah sy harunginya..
maafkan saya andai sy salah..

masalah manusia..cuma 1..masalah hati..
setiap hari mohonlah diganti dgn hati yg baru..insyaAllah Allah maha mendengar..

#pendosa

Wednesday, 18 December 2013

hepinya saya....

hahhhhh...start pd mlm td sbnrnya sy ta dpt nk kwal prsaan dh..hepy tak terkata sbnrnya..

knpa??

teka lah...

sbnrnya sy ta duga pun yg stdy week ni dy pon nk balik..tak prnah terlintas pun, Ya Allah Kau makbulkan doa hambamu..alhamdulillah,syukur dgn nikmat yg dbrikn..
 rindunya kat dia..rsa mcm nk bgtau smua org yg dia balik..yeyyyy dpt jumpa dia..
insyaAllah jika diizinkan..
moga2 smuanya dpermudahkan..temerloh..tnggu kami..

terima kasih sahabat..wlaupun awk balik bkn sbb sy..tp at least kita jumpa jugak kan..

sy hepy sgt..terima kasih....

cukuplah Allah sebagai saksi

jgn rasa takut, was-was, khuatir, risau menegakkan agama Allah..

sedangkan Allah dah berfirman..

#"Hai orang-orang mu'min, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."

so..

Nk takut apa..jnji kamu beriman dgnNya..ini semua Dia yg punya.

"Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikan, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Kuasa atas segala se

suatu''

untuk insan yg bergelar ABANG

hari berganti hari...rupa2nya dh lama aku xcntct ngn abg aku..mana abg?? dh lama sgt pktaan abg xkluar dri mlut aku..
aku rindu nk pngil abg..
kdg2 aku jeles tgk org lain hepy je..
tp aku..
klo xsilap last aku jumpa abg rya thun 2012..lpas tu smpai skrg aku xjumpa dy..
aku ingt lagi..rya thun ni,abg ckp nk blik..xsbrnya aku nk tggu msa tu..tp..
abg mcg..abg ckp abg xdpt blik,xde cuti ktanya..
aku ingt lgi kta2 abg..maafkn abg klo abg xjd ank y baik..mfkn smua kslhn abg,abg syg smua..
hmm sdih lak rsa..sbnrnya aku rndu sgt nk spen time ngn abg..dh lma sgt aku tggu saat tu kmbali..
bila abg nk balik..wanie rndu abg sbnrnya..kdg2 tu smpai msuk2 lam mmpi..
hri tu last abg tgk wanie kt skolah lgi..tp skg wanie dh msuk u..
wanie nk ckp kt abg yg wanie dh xskolah dh..wanie dh smbg blaja kt sni..
ingt lg x..msa dlu kn abg msuk blik..abg suh wanie blaja rjn2..abg.....wanie dh ade kt sni skrg...knpa abg xnk balik..
abg xrndu fmly ke..mak ayah..adk2 abg..ank2 sdra abg pun dh tmbh lg 2 org..abg xjumpa pn lgi kn..
abg......
wanie rndu sgt kt abg..rndu nk tgk fmly kta hepy mcm dlu..nk dgr abg gelak..
rndu nk mkn megi y abg buat..dh lma sgt dh abg wanie nk kta smua bsatu balik..
Ya Allah lembutkn lah hati abg..moga satu hari nanti abg balik,wanie syg abg..
#yg merindui mu..

Tuesday, 17 December 2013

Allah sentiasa bersamamu



kadang-kadang,
bila tengok seseorang macam ada yang tak kena.
entah dia sedang berduka.
entah diamnya kenapa.
entah tawa dan senyumnya seperti dipaksa.

tulisan-tulisannya, 
semuanya seolah sedang ingin memberitahu sesuatu..
kata-katanya,
seolah-olah punya maksud yang lain..

jujur, kita sangat ingin tahu.
dia kenapa?
hatinya kenapa?
dia baik-baik kah?

tapi,
ada sesuatu yang menghalang.
ada tembok yang memisahkan.

entah dia yang takkan bicara.
atau kita yang takkan mampu bertanya.

kadang-kadang, 
kita bimbang,
jika pertanyaan kita cuma menyulitkan keadaannya.
jika keprihatinan kita cuma membuat dia bertambah susah.
dan jika kita sebenarnya tak mampu berbuat apa-apa.

tak apalah.
aku tahu kamu mampu.
aku tahu kamu kuat.
dan aku tahu, 
dengan memiliki dan menyakini Allah,
kamu akan kuat.

dari kejauhan,
moga baik-baik sahaja.
aku mendoakan..

Allah sentiasa bersamamu..

rindunya aku pada sahabat


rupa2nya aku tak mmpu nk tipu dri aku..aku blagak sperti biasa seolah2 aku mmpu hidup tnpa dia dsisi menemani aku...tiba2 mengalir mata ni,xmmpu untk aku mnahan sebak ..tatkala kami berwebcam..ntah lahh mungkin aku tlalu rndu pd sahabat,tatap gambar,chat..xsama rasanya jika dbndingkn dpt jumpa depan2..rsa mcm nk peluk dia ketat2 je..hnya Allah tahu btapa rndunya aku pda sahabat..aku xsekuat dia..aku xmmpu nk tahan air mata bila lihat gelagat dia..yg tu aku rndukan sebenarnya..wlaupun aku punya kawan dsini..tapi...xsama dgn dia..aku rndu kn dia Ya Allah..saat dia peluk bantal tu..makin laju air mta ni bguguran..kenapa dgn aku..knpa aku tlalu frensick..knpa pd dia je aku kalah..sdgkn pd kwan lain aku mmpu lgi mnahan rndu..Ya ALLAH berilah hambamu kekuatan..sabar wanie..
bulan depan inshaAllah jika diizinkan jumpalah dia..
lpaskn lah rindu tu,dptkn balik semangat kamu..
kepada sahabt..terima kasih..
sebab,
memahami dri ni..
yg tlalu lemah..yg mngharap belaian kasih syg seorg sahabat..
terima kasih mnjadi sahabatku dulu kini selamanya..
insyaAllah sampai syurga..
sy syg awk sgt2..rndu awak krna Allah..
#ayam
#kencing tikus


Monday, 16 December 2013

subhanallah

Wahai Kekasih

Wahai seorang kekasih
Telah lama kau dirindui
Pilu sedih dalam kerinduan
Menangis pun tak berair mata
Namun hatiku tetap gembira
Syafaatmu menanti di sana

Sungguh tabahnya hatimu
Menanggung derita yang melanda
Biarpun perit pedih tersiksa
Kerana umat kau tempuhi jua

Wahai rasul kaulah segalanya
Contoh terbaik umat akhir zaman
Akhlakmu tinggikan kami jejaki
Sifatmu sempurna pelengkap peribadi

Wahai rasul kami merindui
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa
Manis senyumanmu menawar hiba
Di hati kami kaulah segalanya

Wahai seorang kekasih
Telah lama kau dirindui
Pilu sedih dalam kerinduan
Menangis pun tak berair mata
Namun hati tetap gembira
Di akhirat kitakan bersua

kami merinduimu Ya Habibullah....

YA ALLAH tersentuh hati mmbaca kisah ni ,ampuni dosa ku YA ALLAH..


Jom singkapi kisah seorang pelajar UTEM yang terlibat dengan kemalangan awal bulan ini. AL-FATIHAH

 



DETIK-DETIK TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR
(Mujahidah yang telah ke alam sana)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyaya...ng
Assalamualaikum wbt.

______________________________________________________

6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .

Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Tiada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkannya, dia akan bersyukur. Pasti ada hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat-ayat suci kepadanya, dia kata
“Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?”
Saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti.
“Orang azan kot” tingkah saya.
Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur.
Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?”
“Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam. Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun. SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”.
Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”
Sesekali dia tersenyum manis.
Kami tanyakan "kenapa senyum?”
Dia jawab…"Ada bau wangi sangat”.
"Selalu ke akak terbau macam tu?”
Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah”
Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa.
“Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” .
Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkap. Saya tanya, nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :
"Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,”
Hajar Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk. Dalam termengah2 dia berkata "mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan”
"Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013 (Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.



Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99%. Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya.

AL-FATIHAH

last class !!

yeahhh...sedar xsedar...dh abih pun sem ni..tgl stdy week n final jer...kjpnya msa blalu..
so spnjg sem ni ape y dpt ek..mcm xokey jerr mcm xthu je ape yg blajar...
rlek2 .. stdy week ni stdy elok2 .. klo blik kg pun jgn lupa stdy..kua2 jgak kn,mlm kn ade lh stdy..
matlamat sy...sy nk skor sem ni..sy nk mhon biasiswa...wahhh mcm best jer..
dgr daddy ckp dy dpt twaran kje..snoknya..
sy nti??? kmana arah tuju..
manager??? ya Allah bukan senang nk dpt..
apa2 pun jd la insan y bjaya..kejar dunia jgn smpai lupa akhirat..
ingat pesan tcher...wanie jadi insan bguna k..bnggakn mak ayah..
YA ALLAH pemudahkan lah urusan kami dlm mncapai cita2 kami,bantulah kami mnjadi anak y solehah yg dpt mmbanggakn ibu bapa kami..

#insan lemah
#hamba Allah

terima kasih kak..

selamat pagi kpd warga blogger sekalian..(saya la tu) ...pgi ni punya story,emm siap2 nk g klas...opsss...
sblm tu ucaplah alhamdulillah terima kasih Ya Allah kita msih dbri pluang untk brnafas hri ni,masih dberi pluang untk mncari keredhaannya ..
jika dberi ujian banyakkn bersabar..
Allah uji hmbaNya sbb Allah syg..
bak kata akak naqibah sy kn..
sesungguhnya ujian yang Allah beri tu bukan sahaja dari ujian yang berat sahaja.
ujian emosi juga adalah salah satunya. macam mana kita nak kawal emosi kita , walhal sebenarnya kita tahu kita tak kuat.
carilah Dia dengan ayat ayat cintanya iaitu Al-quran
yang sememangnya wajib menjadi rujukan kita.
cari Dia dengan solat tengah malam.
bercinta dengan Berzikir kepada-Nya siang dan malam.
jangan bagi syaitan menang dengan agendanya dik :)
moga allah redha.
Dia sayang, Dia beri ujian :)
Dia - ALLAH yang SATU
so..sama2 renungkan..
#have nice day
#moga dberi kberkatan..
#amin

sahabat selamanya..kau & aku..

Alhamdulillah sy jumpa sahabat cm awk.sush sng sy pht manis y dh lalui slma ni smuanya sy mmpu hdapi sbb ada shbt cm awk..
sy bsyukur sbb dlm gdh2 kta..dlm xbtegur kta..
dlm kta mncri sstu y lbh baik rupanya ada lg insan y mncri2 tmn..
y khilangn tman,btuahnya sy..alhamdulillah..bla kta bjauhan..bru sy sdr..ada hkmahnya smua y jdi ni..
Allah pnjamkn awk untk sy,bg sy rsa erti prsahabatan,bg sy rsa cmne rsanya ksh syg sorg teman..dn bila sy rndu..
sy tau pda Allah sy plu mngadu,padaNya sy mohon..
takde apa y sy hrapkn kcuali pshbtn smpai syurga..
bila dfkirkn smula bsar erti pshbtn kta ni.y jauh ddkatkn..
y xpnh btegur jd rpat..
apatah lgi y tk pnh kta sngka blh jd kwan...
sy bngga ad tman cm awk,sy sronok crta kt kwn2 sy tntg kta..n ad y tumpg gmbra dgn kta..tlalu bmkna smua ni bg sy..
anugerah y xpnh sy sngka,y sy ada..sy bngga sgt awk,sy bngga sgt sy ada awak..awk y jd tman sy,shbt sy,adk sy,tmn spjuangn sy,gelak tawa tangis bsama..smua tu ckup indh ..
memory y sy xkn pdm n akn sy semat dhati ni.trma ksh ukhti..sy syg awk sahabat..krna Allah..
alhamdulillah Allah kurniakn sy shbt cm awk..
skrg nie...matlamat sy cuma 1...
sy nk kta bjya dunia akhirat sama2..
sama2 bnggakn mak ayh kita..
&
adik kakak selamanya:)
#insyaAllah moga Allah satukan hati kita
#sahabat selamanya..

nama aku KOY

assalamualaikum kpd pmbaca2 blog..slmt ptg..haha mne ade org len,aku sprg je pon y blh bce blog ni..hehehehh...aku pn xthu mcm mna tmbul minat tls blog ni,rsa mcm hari2 aku nk update story..well org bnyk story kn ^^
ok2...ptg ni stry dy...nama aku KOY ..
cte ni bmula msa aku msuk ump dlu,aku kn budak tmloh y synonim ckp koy..nk ckp sy rsa mcm formal sgt..nk bhsakn dri aku??? err sumpah aku xpnh bhsakn dri aku..ni pun saje2 je ngade2..hehe..ok2..aku xplik pon org nk kata ape..ngn kwan2 aku aku bhsakn dri koy,roomate..clasmate..bahan jela kn..dh tu mmg bhsa aku..las2..lekat dorg pgil aku koy..
Koy...watpe tu..
koy..jum laa join..
smpai2 dh jarang sgt aku dgr org pgil wanie...
klo dgr name wanie tu pn rse plik sgt..huhu..
bile aku cter kt dak2 ni y kt ump nme aku tukar jd koi..dorg gelak..ape laa...
sbb plik..koy tu kn kta gnti nama dri ptama..tp dh jd nickname aku lak..hehe..
xkesah laa..asal aku ade kwan,sahabt??? ofcz dh ade..tu jela satu satunya..xde pnganti..insyaAllah Allah satukan hati kami..:)
tibe2 msuk part ni..
orait...abih dh...
kta update later k..
msa tok mndy solat (tlebih tdo daa..aiyakkkk)..
assalamualaikum

Sunday, 15 December 2013

ujian

kenapa aku sering diuji
firman Allah maksudnya;patutkah manusia menyangka bhwa mreka akan dbiarkan dgn brkata 'kami beriman' sdgkn mreka tdak diuji..dan demi sesungguhnya kami tlh mguji orang2 tdhulu ,maka dgn ujian nyatalah apa yg dktahui Allah tntg org yg briman dan og yg brdusta..

al ankabut 2-3

Edcoustic - Muhasabah Cinta

matlamat hidup saya....

hari tu aku join usrah,den akak naqibah aku pesan next week dy nk tahu matlamat hidup kami semua..

aku ada 1 matlamat..seolah2 macam impian lah..kalau nk ikotkn matlamat,smua org nk hidup bhgia kn..siapa yg taknak hdup aman damai,berjaya dunia akhirat..
tapi aku..
aku ada 1 matlamat..yg aku harap sgt..
aku nk sgt kami sekeluarga brsatu skali ngan adik aku yg sorg lgi kt upsi tu...aku tringin sgt nk rsa prasaan cmne hepynya 1 family smua dpt bkumpul..kalau xdpt jalan2 pun..atleast time raya...
tapi..dh 20 tahun aku hidup,sekali pun aku tak pernah ada gambar family..lengkap..ayh,mak..akak..abg,adik..anak2 saudara aku..
bukan aku tak brsyukur,,yup aku tahu nikmat Allah tu tlalu luas,xlh dkira..aku sedar masih ramai family kt luar sana yg nasibnya lgi teruk pada aku..
tapi..aku tringin walau hanya sekali..
tu lah matlamat aku..
aku nk berkumpul kami 1 family tmbah ngn adik aku y nakal sorg tu..aku rindu kat dia..
knapa aku ckp dia pun fmly aku..yelaa...aku dh tlalu rpt ngan dia,haaa....aku ingt 1 pkara...msa mula2 mak ckp kat dia,lpas ni jgn pngil mkcik..pngil mak je..msa tu...tharu sgt,mcm nk meleleh air mata ni..
so...xkesah laa kalau aku ckp yg dia tu mmg adik aku..ktorg 1 fmly..
tu lah matlamat aku..aku nk sgt kumpulkn kami semua..den ambik gmbr,aku pn nk gak rsa hepy tu cmne..
akak..tu lah matlamat sy skrg..
n yg slbihnya matlamt kta lebih kurang jer..nk y trbaik..

moga ALLAH redha..

hey awak..

sedar xsedar dh nk masuk 4 bulan sy ada kt sni..
mcm2 yg sy blajar..
mcm2 yg sy kna tempuh
sy knl rmai org..
wlaupon jarak pisahkan kita,sy tak pnah lupakan awk..
makin bnyak yg sy lalui..
mkin kuat perasaan rindu sy kt awk..
sahabat..walau kini bukan lagi ddepan mata..
xkan sesekali sy biarkan persahabatan ni berlalu begitu sahaja..
aku menyayangimu keranaNya..
satukan hati kami YA ALLAH...

sampaikanlah walau satu ayat

Imam Hasan al-Banna

Description: Hassan al Banna
·         Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammed al-Banna adalah pendakwah, reformis sosial dan politik Mesir dan pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin

·         dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah di daerah al-Bahriyyah, IskandariahMesir (barat laut Kaherah).

·         beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah,menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, menganggotai pertubuhan Jama'atul Makram al-Akhlaq al-Islamiyyah

·         Syeikh Hassan al-Banna telah menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah  ketika berusia 23 tahun

·         Pengaruh Ikhwan yang semakin kuat amat dikhuatiri dan ditakuti oleh kerajaan Mesir yang diketuai oleh al-Nukrasi Bassa dari parti al-Sa'di yang bertindak mengharamkan Ikhwan Muslimin pada 1948 atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan.

·         Beliau dibunuh kerana ditembak pada waktu tengah hari 12 Februari 1949, ketika keluar dari bangunan pertubuhan Ikhwan Muslimin

10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna

  1. Dirikan solat apabila mendengar azan, walau apapun jua keadaan pada waktu itu.
  2. Bacalah al-Quran, atau pelajari tafsirnya atau dengarlah bacaan orang lain, atau zikirlah kepada Allah. Jangan engkau gunakan sebahagian ruang waktumu untuk hal-hal yang tidak berfaedah.
  3. Bercakaplah dengan bahasa Arab yang fasih, kerana ia termasuk dalam syi'ar Islam.
  4. Jangan banyak berdebat dalam apa jua hal. Pertengkaran tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
  5. Jangan banyak ketawa, kerana hati yang berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan mantap.
  6. Jangan suka berjenaka atau berolok-olok, kerana umat yang berjuang tidak mengenal yang lain selain kesungguhan.
  7. Jangan engkau tinggikan suaramu melebihi keperluan pendengar. Ia menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.
  8. Jauhi menghina orang, mencela organisasi dan jangan berbicara kecuali perbicaraan yang baik.
  9. Perkenalkan dirimu kepada orang yang engkau jumpai, walaupun ia tidak meminta daripadamu, sebab dasar dakwah kita adalah cinta dan saling kenal mengenal.
  10. Kewajipan selalu lebih banyak daripada waktu yang tersedia. Oleh itu bantulah orang lain untuk memanfaatkan waktunya. Jika engkau mempunyai urusan, maka selesaikanlah dalam waktu sesingkat-singkatnya.