Thursday 18 September 2014

sahabat

7 JENIS PERSAHABATAN, HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT ::
1. TA'ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah
bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos,
ATM, dan lainnya.
2. TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya
teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama,
dan sebagainya.
3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan
tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.
4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti
teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya.
5. AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-
sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.
6. ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi
tapi bila belakang kita ... Allah! Pijak semut pun tak mati!
Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT : "Kalau kamu
mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati
mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang
hati ..." (Surah Ali Imran : 120)
Rasulullah SAW mengajarkan doa : "Allahumma Ya Allah ...
selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat
kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat
keburukanku dia sebarkan."
7. HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling
cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling
menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi
hadiah, bahkan diam-diam dipenghujung malam, ia doakan
sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta
sahabatnya kerana Allah Ta'ala.
Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 - 6 akan LENYAP di
Akhirat. Yang tinggal hanya 1 ikatan persahabatan iaitu
persahabatan yang ke-7. Persahabatan yang terjalin kerana
Allah Taala seperti firman Allah SWT : "Pada hari itu
(Kiamat) sahabat - sahabat karib akan menjadi musuh bagi
yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan" (Surah
Az-Zukhruf :67)
Semoga dieratkan persahabatan kita kerana Allah. Amin.

No comments:

Post a Comment